Sunday, October 28, 2012

Of nothing : Adam & Hawa

Sebelum I review sesikit pasa tajuk di atas.......Selamat Hari Raya Korban... Happy belated Eid!

Pernah tak renung2 kembali pengorbanan ayah ibu, guru2 kita, kita sendiri sebagai isteri dan ibu, sebagai muslim dan hamba Allah....  Entah kenapa aku sayu bila pandang muka ibuku....Nampak sangat dia sudah aging. Aku jarang tenung dia, tapi bila aku pandang mukanya masa raya tu, aku jadi rindu saat dia muda dan memarahi aku supaya aku rajin2 belajar.. sedih aku jadiknya! Di sudut hati aku, aku tahu aku akan menyesal dan sedih sangat sekiranya dia pergi.... Ya Allah kurniakanlah kesihatan padanya dan panjangkan umurnya. Dalam pada tu, aku buat request pada mak aku, (erk sedey ni!) suruh dia masak tumis sardin sebab aku punya tak jadik macam dia buat huhuhuhuhu... MasyaAllah best sesangat makan dengan nasi panas. Adik aku makan dengan canai panas... Syoknya... teringat zaman kecil dulu.. itulah lauk kami.... So hari tu, kami tak pandang rendang dah! Tu dia kan! comfort food namanya!

Ok masa hari raya tu jugaklah , sibuk adik ipar dan kakak aku bercerita pasal siri drama di Mustika Astro ni - Adam & Hawa. Actually sebelum raya lagi. Pergi concert anak aku pun sempat pegang buku Adam & Hawa. Memang gila dah derang tu hehe...


Pada mulanya, sikit2 jer cerita, last2 sampai mereka beli buku sebab tak sabar punya pasal nak tahu ending. Yang paling aku tak tahan.... siap buat tanda kat buku tu bab2 romantik lol. Adehhhhh!


Aku memang tak minat sangat drama. Malas layan..... Dari kecik aku tak suka. Tapi lain dengan anak sulung perempuan aku tu, memang boleh layan drama dengan nenek dia.... Mak aku dulu kalau dia tengok cerita P.Ramlee ker, dayang senandung ker, adehhhh, bosan sungguh....Tapi si dd ni, dia memang bonding dengan nenek dia melalui cerita melayu... Aku pun tak tahu dapat genes dari mana hehe...


Bila dah asyik bercerita depan aku, sampai facebook setiap komen selit gakkk  nama aaron aziz, maka aku pun curious lah juga.....apalah yang best sangat pasal mamat ni. Masa kat Singapore dulu banyak jer drama dia aku miss, ok jer aku... malas aku nak tengok. Tak pulak aku tergila2kan dia, aku pun kan ker muda dulu hehe...


So malam tadi , lepas curious on Lance Amstrong and his dope scandal (rajin plak aku tengok Tour de France yang aku memang tak minat - semata2 kerana nak tengok how strong he was during the race and whether he deserved it or not. You see, I kind of agree, you can give drug to anyone, but can they have the same talent, energy and determination? kan? cuba ko kasi kat aku, kannnn??... tapi aku pahamlah IT IS WRONG! wrong ok!), lepas dah penat,  aku bukak la jugak adam & hawa.

Diorang cakap "Try tengok 1 episode , sure ko akan suka punya" Aku jawab... "erm tak paham aku lah, apa lah yang best sangat pun. Drama Aaron jer pun!" Ok memula aku tengok synopsis jer, tapi lepas tu lagi curious, amekkk, dapat plak website yang download semua episode. Sampai episode 36 aku habiskan malam tadi. The damage? I only slept for 2 hours last night! huhu....


(I watched the episode jumping) - My impression memang memula , pesal lah minah Hawa ni plain sangat. Tapi, lama kelamaan, ko tengok betul2 ya, dia memang lawa. Macam Wardina Safiyyah. And sejujurnya aku rasa.... yang buat kakak aku dan adik ipar aku tu mabuk, ialah lakonan aaron yang nakai tu kot.. Apa laaa derang ni kan! ekekeke!



Time dia kata "rambut hawa wangi, peh tu mabuk sampai nak pegang rambut minat tu..." adehhhh.... dan lagi satu part "si adam playboy tu hampir nak cium si hawa , sib kena penampar... " huhu.... Bagi aku tu jer lah sipi2 babak romantik. Yang lain bab "Aaron patah balik amik Hawa/Ain nak pergi beli barang lepas Ain nayakan dia suruh sepupu dia yang temankan" hehehe.... Ok ok satu lagi... Bab "Aaron tak kuasa nak bergaduh selepas kena stood up 2 hours tunggu Ain tengok wayang.. aku suka dialog ni....

Aaron :"kenapa awak tak beritahu saya dan biar saya tunggu 2 jam, susah saya nak percaya Ain".. Ain dengan selamba rock.. like she will not lose anything :"tak percaya tak apalah"

kan??? hehehehe....So mamat Aaron ni membawa lakonan sangat berkesan bila dia dapat lakonkan yang dia sayannggggggggggggggg sangat dengan Ain sampai dia mengalah.. walaupun begitu sempat la jugak dia keluarkan sedas dua.. hehehe.. Sebab tu lah agaknya penonton2 kat luar tu mabukkk sangat dengan mamat ni kan kan kan? haha!


Anzalna tu pulak. hehe... Aku cuma tahu dia pasal dia banyak la photo session kat surat2 khabar tu kan. Nasiblah dia pandai gak berlakon kalau tak sesia jer banyak publisiti, kan? You have talent girl!


Owh seperti tak percaya saya blog about drama series. I do not even blog about "Keeping up with the Kardashian"... That was my treat during my "cloth folding session"!


Ok saya malas nak letak link dan gambar2 sebab saya kurang tidur, so lain kali InsyaAllah. Toodles!

3 comments:

  1. hehe...i follow adam hawa pun since episode brp ntah..ada gak miss ealier episode..giller jugak la kat AA tu hehe...ape link yg boleh d/load semua episode tu? i try pereka cerita tp slowla

    ReplyDelete
  2. Nanti ya saya post, sebab link tu kat ipad... tak ingat pulak...

    ReplyDelete
  3. husna,

    sorry lambat reply.

    I always go to this link.

    http://ezany-kun.com/video-drama-adam-dan-hawa-full-episode/

    tapi dah lama tak tengok... nasib dah tak berapa addicted.. kalau tak teruk gak nak layan...buku pun malas baca hehe...

    ReplyDelete