Kursus Umrah
Secara ringkasnya, kami pergi dengan sekumpulan family yang besar... Bukan setakat ibu bapa anak sahaja tapi nenek, nenek sedara, makcik sedara, ipar duai, uncle, nephew dan seumpamanya. So sedikit hairan padamulanya bila kita dijemput untuk kursus di tempat yang tak berapa familiar tapi juga sedikit special....
Tengok nama tempat macam private property. So anggapan I betul. memang bukan office travel agency tu tapi office "cum" rumah mereka... Masa tu, I bawa semua askar2 I yang tak berapa nak behave nya...esp semasa waktu makan.. huhu....
So, adalah satu makcik tu bertanya dekat 5-6 kali, adakah aku akan bawa baby dan anak2 aku ni.. hehehehehee... Aunty, I sendiri pun tak nak bawa mereka sebab nanti I tak boleh focus, tak boleh nak jalan cepat bagai. Dah lah I first timer, so adalah lebih bagus kalau I pergi sendiri dulu....Aku respect dengan orang yang bawa anak kecik... kalau pergi Zoo atau London aku bawa kot, tapi nak pergi focus ibadat ni, aku tak leh imagine nak kejut mereka awal2 pagi, mandikan, lepas tu nak jalan cepat2 sebab nak dapat saf depan, nak tunggu berjam2 tunggu turn Malaysia di raudhah, aku sendiri tak boleh jaga diri aku, tak sure aku boleh tidur selewat pukul 12 dan bangun pukul 3 pagi, inikan pula nak take care anak2 kecik......
Ustazah yang beri kursus tu bagus... ada 2 kali kursus, dan aku rasa oklah kot. tak ada masalah sangat. Di bantu dengan blog2 dan buku2, macam dah ada confident skit. Faham lah mana yang rukun. Yang penting bagi aku ialah larangan2 tu....paling suspen kot...
Yang interesting nya pertanyaan2 antara makcik2 ni. Mereka ni adalah dari orang2 berada. Tahap2 ada swimming pool kat rumah. Tapi yang lain2nya sangat humble especially yang muda2 ni. A bit of intimidating at first tapi pada akhirnya Alhamdulillah nothing bad happened. They are nice people. Makcik yang sangat mengintimidate aku dengan soklan2 panasnya tu pada akhirnya semasa menunggu turn di Raudhah kata kat aku..."kita memang lahir cakap kasar ini macam tapi hati kita baik, apa mau buat..." So I tend to accept that it is the way they talk and pose the questions but actually they do not have any bad agenda....
Day of Departure
Ni satu lagi big challengenya but sangat peribadi nak mention. Tapi cukuplah dengan peringatan "sabar" mesti bermula berbulan2 dari departure sampai hari nak balik :P
We booked a taxi, got a very peramah young malay chap yang dulunya an ex-diver in Singapore so he conversed in english basically. Memang rasa pelik tapi we enjoyed his company during the journey to KLIA.
We found out that we are extremely early, like 2 hours in advance. Patutlah tak ada orang langsung. Rupa2nya we were not updated by the agent berkumpul pukul 7pm bukan 5pm.... Sedikit merajuk di situ tapi as my hubby puts it, Allah knows best, we came early and we had our dinner and solat calmly. penting tu. sebab bila azan maghrib jer jadik crowded giler kat KLIA tu.
Selepas tu, aku belilah digital kamera sebab nak harap camera bb phone jer ker macam tak puas. pergi Palestine tu kan, entah bila dapat pergi lagi... so maybe tu perancangan Allah, sempat beli camera bagai dan charge the battery sampai departure time.
After dah berkumpul lepas maghrib, senang dah, bergerak je lah. tag smua dah buat, solat sudah. tunggu jer lah kumpulan kita di panggil masuk. Jordanian airlines ni or maybe semua umrah group, seating arrangement ada sedikit tunggang langgang. Tapi sebab pergi dengan family ramai2 tu, senang je lah nak kawtimnya walaupun air stewardessnya macam muka geram campur bengang bila kita bertukar2 boarding pass...hehe...
Landed in Jordan
Kita landed sangat early, I think about 4 or 5am. But masa tu dah tak ada subuh rasanya. Ada travel agency yang lain juga. Masa tu sebab our agency combined with 3 others, memang ada sedikit confused siapa group kita so tak boleh cam.
Jordan customs suruh semua beratur, mengikut agency dan beri passport pada mereka. Sesuatu pengalaman yang baru.... Bukan dan tu stamp dan tu collect. Lepas tu kita collect baggage dan tunggu passport sama transport.
Dalam 30mins gitu, clear semua, baru naik bas dan menghala ke Restaurant Cina for breakfast. Walaupun matahari dah naik tapi tak ada kereta sangat kat jalan. As per my update in pt1, makanannya macam asian tapi tekak tetap rasa cam makanan Arab...
Lepas selesai sarapan, simpan bag2 besar sebab nak masuk Jerusalem, kena avoid thorough check , kenalah limitkan luggage masuk (kedai tutup lagi tapi pekerja dia dah collect bag kitorang, sedikit risau di situ tapi Alhamdulillah, semuanya ok bila balik dari Jerusalem lepas tu)...
So bawa sorang satu hand carry saja cukup untuk 4 hari 3 malam di sana.... Lepas tu gila excited bercampur2 rasa berdebar2 takut sangat kena tahan tak dapat masuk ke Jerusalem. Walaupun dah pre-approved visa tapi sistem diorang ni boleh jer ikut mood masing2 huhu... My hubby pulak passport Singapore yang tak perlu apply visa. Lagilah berdebar, sebab tak ada guarantee langsung boleh masuk.. memang banyak berdoa dan baca Quran masa menunggu tu.
Bila sampai kat border Jordan, selalunya clear, terus kita pergi ke border Jerusalem. Tapi kali ni kena tunggu lama. Ingatkan ada orang pergi toilet, sekali sampai 2 jam tunggu. Rupa2nya dah bertukar sistem, we now have to wait for the clearance for the bus to go to the Jerusalem border. We need to wait for them to fax us the clearance... Sampai dah tengahari, baru dapat fax tu, lega dapat bus tu bergerak..... letih sangat menunggu. Dahlah suspence jer masa tunggu tu kan.. Pengisian jemaah tu ada so best jugalah, berharap sangat pada bantuan Allah masa tu.
Sampai ke custom Jerusalem, laa kecik jer. Tak canggih langsung. Di situ nampak ke vulnerabilitian mereka...Taklah banyak duit sangat that they can enhance their systems anytime they like.... Armed army di mana2 sangat intimidate. Bila masuk kena beratur dapat sticker dulu then beratur lagi to scan bag. Kami dipesan suruh ikut jer cakap or arahan mereka. Sebab nak tengok Al-Aqsa kan dan sejarah para Anbia' memang lah kena sabar..... Gambar sila jangan ambil nanti kamera terus di rampas... Sangat suspence kan? Ada pernah pergi negara yang macam tu? masa pergi Estonia via Denmark and Copenhagen (waktu balik) pun tak macam tu, cuma di Denmark they asked us to show the conference invitation sahaja...
Lepas dah scan bag, baru lah pegi ke satu lagi area untuk stamp passport..... Jumpa palestinian yang balik dari US (migrated to US), they told us, it would be a long process katanya.. kami senyum saja... We already prepared for it. Masa kat stamping process ni lah lagi nak jatuh luruh jantung.. This is when "the mood" will make the differences!
Sambung later.....enjoy the picture first.
pemandangan dari custom border Jordan menuju ke Jerusalem beginilah seterusnya... kosong.. kosong....
Taxi di Jordan, perasan tak "light taxi" tu odd sangat kedudukannya...
ha nak dekat sampai dah ni....
Ha ni dah lepas suspense semua.. hehehehehe
No comments:
Post a Comment