Showing posts with label travel. Show all posts
Showing posts with label travel. Show all posts

Thursday, December 6, 2012

Travel : Brighton, UK

The Grand Hotel, Brighton.

This hotel name rings a bell to you? http://en.wikipedia.org/wiki/Brighton_hotel_bombing

 One of the delegates room. Seaview.


Victorian style hotel...
 The piers.
 Dorothy Perkins jeans. I ordered online in Malaysia. I put the delivery date during the hotel stay. So convenient! The service is awesome. And if you are a DP's fan you know that the online prices are so good buy in comparison to the KL shop's price.

 
I have been to London, but Brighton is definitely senang lagi nak shop sebab kecik... Macam pekan kat.... Kajang? Boleh tak? Kajang tu scattered around kot.. ni berkelompok so sangat convenient. H&M, Boots, Dorothy Perkins, Mark & Spencer and the standard shop tu lah kan.

Hari Khamis malam jumaat kalau tak silap, ada sale gila2.. silalah beli perfume masa tu. Gila punya discount. Boots is one of the shop yang jual perfumelah kan..

 
Jamie Oliver's restaurant in Brighton. Tapi jangan plak makan kat sini hehehehe, tengok menu ada la tak halal. Di London and Brighton, maybe seluruh UK kot makanan halal senang jer nak dapat. Sedap ngan tak je lah.

Kat Brighton ni ada satu restaurant india muslim yang kitorang pergi. Kitorang dari Estonia tak dapat makan pedas baru 3 hari, so kitorang siap suruh owner restaurant tu potongkan cili padi.. hehehehe....

Travel : Talinn, Estonia

 
 
Break sekejap dari house projects. Malam ni will be finalizing the curtain pulak. I just paid 50% for the kitchen cabinet. Lega sikit. Wiring man ni senyappp jer, naik risau i.
 
 
Tau kat mana Talinn, Estonia? Near to finland and Moscow tak silap. Rupa2nya this is where all the IT talent berkampung. I never heard of this city before. Tapi in terms of technology roll out , lebih bagus dari New York ie. parking sms, online voting, mungkin sebab small, penduduk tak ramai, penduduk receptive, government engage citizen, so maybe sebab tu lebih successful in the implementation kot.
 
Aku dah lupa ni kat airport Denmark ker , talinn atau Copenhagen... 2 stopover di Copenhagen and Denmark.

 Definitely Talinn....

 Taxi in Talinn..


In Talinn.. we guess it is book shop or libraries..

 Ghost town macam Perth lebih kurang..

Famous for its cobblestone town..

 Swissotel.. luxurious. Ada delegate yang dapat facing the sea. tak tahan...

 Amsterdam view kot ni from air view...Sorry tak ikut turutan. Tapi nak pegi Estonia dari KL kena stopover either kat Amsterdam or Copenhagen.


Hari sebelum datang katanya snow. Elok plak kita sampai snow dah tak ada... hmmm.......

Wednesday, October 24, 2012

Travel : Pt 3 Jordan-Jerusalem-Jordan-Madinah-Mekkah

I ended my part 2 where we were asked to go for our final queue at the immigration office.

It was such a confusing phase and very nerve wrecking sebab first time pergi. We do not know what to expect except stories from blogs that the pre-visa approval is not a guarantee they will let you in.

And my hubby is a Singaporean and no pre-visa approval is needed. No guarantees what so ever. Singapore has their embassy there, but what if he can't go in. And what if I can't go in and he can? That questions went back and forth in our head... infact masa kat Malaysia lagi. Kita print information from the blog yang Singapore tak payah visa nak masuk bagai, but still... no guarantee. So memang kepada Allah sahaja lah pergantungan tu...

We hope Allah help us and they like our face, and minta Allah bagi mood derang tu baik...


At first mereka suruh kitorang tunggu. Lepas datang officer lain, marah pulak, kenapa linger around dan tak queue. So we queued. Ada 2 barisan kena buat sebab ada 2 kaunter jer pun masa tu. Lepas dah buat barisan, dia panggil nama dari list (of the pre-approval visa) dan dia naik moody bila dia panggil, orang2 yang dia panggil bukan dalam barisan dia dan di belakang. Plak dah kan. Haha!


So our guide (we called him ustaz zul), suruh kita berbaris ikut nombor dalam list tu and from then on, we were known by "numbers". If I am not mistaken my number is 22 and my hubby 23. gitulah. dah tak ingat dah. So the immigration officers akan panggil nombor dan sila lah ingat nombor masing2.... Untuk makcik2 tu, yang kat depan semua lepas.... sampai dekat orang kelima kot, mood officer tu dah berubah.. Dia interview seperti ini. "what is your name?" "what is your father's name?" "what is your grandfather's name". "Do you speak english" (sorry ya tang ni aku nak gelak... ko ingat diorang pandai english? broken english gak so motif tanya do you speak english tu ada sedikit unsur2 lawak di situ...) tu yang aku kata, they have insecurity also you know...


So saudara kita lelaki yang di tanya tu menjawab nama dia "fauzi" bukan nama sebenar tapi aku contohkan yang nama dia melayu bukan arab... tang bin tu dia jawab "abdullah".. aha! tang grandfather tu dia jawab "muhammad", kan? (dapat rasa tak bibit2 kemana conversation ni mengarah....) atau vise versa, tang do you speak english tu, dengan bangganya dia cakap "yes i speak english"... So selepas soklan2 bodoh yang tak kemana2 tu, saudara kita tu terus kena side line, tak lepas... ok isteri dia dah lepas, dia tak lepas... kalau dah lepas kena terusssss jalannnnn jangan toleh2 lagi haha! tapi nasib baik isteri dia belum lepas sangat, so dia tunggu kat depan ada tempat kerusi, kalau terus jalan kena surrender dah kertas putih tu dan keluar terus.


Kami dah tahap stress lah masa tu. sebenarnya, officer tu, tak puas hati dengan nama muhammad peh tu ada abdullah pulak. nama Rasulullah SAW kan. Lepas tu bila suruh panggil our guide, dia pulak kata dia boleh speak english. Tetapi jawapan yang di beri masih tak memuaskan hati dia. Soklan yang diberi tu pulak semua soklan carik pasal bukan soklan yang sepatutnya.....Walaupun tahu english, ko buatlah macam tak tahu speak english ya... suruh jer guide yang jawab. Tu post mortem ustaz zul lah kan.


Di pendekkan cerita, turn aku plak. Alhamdulillah senang jer, terus stamp. Aku tak terus jalan sebab risau. Turn hubby, officer tu melolong kat Ustaz zul. "Why his name is not in the list or why no pre-approved visa". "because he is a Singaporean" mungkin dia terasa kebodohan dia bila dapat jawapan bernas tu. sebab dia dah pegang passport Singapore hubby aku tu kan.


Maka officer tu cucuk lagi nak carik pasal "I know Malaysia passport I cannot stamp, but I will stamp his passport" ustaz zul dah sedikit agitated. "no you can't, later we can't enter Madinah or Mekkah"

I think sebab agitated, maka englishnya berbunyi nada "telling-off"..... huhu!

Maka dengan itu, ada lah sebab bagi oficer tu nak masuk jarum carik pasal lagi "are you telling me what to do?"

"No, but please do not stamp it" ... dan beberapa words exchange lagi , masa tu kitorang berdua sangat helpless, kitorang duk tengah dan pandang officer tu dan pandang ustaz zul everytime they have the heated exchange.

And .... of course ustaz zul kalah and my husband was sent to the side. No stamping. You wait. Katanya.


And I go to isteri abang "fauzi" tadi dan join her. I memang bukak semua buku dan baca doa yang sepatutnya. Ada doa untuk syaitan ke apa entah, aku baca doa tu banyak2. Ambil air wudhu' dan baca yaasin di situ pelan2... Allah is greater than them, Allah will help us. Only Allah will help us and not them. Kita masuk nak menyaksikan peninggalan nabi2, sejarah nabi dan untuk merasa tawaddhu', maka penting bagi kami nak masuk. Isra' mikraj berlaku di Aqsa, so kita memang dying to see it for ourselves of this place.


Another tourist group from India yang bersari bagai lepas. Lagi nerve wrecking. Semua jemaah lain lepas dan Ustaz Zul suruh naik ke bas terus, jangan berpaling lagi katanya hehe... Dia suruh aku dan kakak naik juga but we were contemplating, takkan lah kita nak pergi without husbands kan? So we waited. selepas 1 atau 2 jam, memang lama. Mereka kena panggil dengan officers yang dalam office. They interviewed my hubby. And Alhamdulillah lepas....


Orang yang dalam bas tadi pun bersorak gembira! Alhamdulillah, Allah really helps us. And abang "fauzi" kata Alhamdulillah for the experience kalau tak, tak ada apa nak cerita kan.. lawak dia.

Menurut kakak, abang fauzi dengan bangganya bercerita masa kat kampung yang sure dia akan lepas sebab muka dia jawa.... kan? So memang kena humble lah we just do not know. Allah may just want to test us.


For my hubby, maybe the confidence level of being a Singaporean. I do not know. Allah tested us for a reason. tapi kitorang memang dah plan, kalau dia tak dapat masuk, dia izinkan aku masuk sorang. tapi kalau aku tak dapat masuk, dia pun tak masuk... aku tatau kenapa dia buat perjanjian gitu, maybe tak nak tengok aku merana kat Jordan sorang2.... ustaz Zul pun cakap, dia pun tak akan masuk kalau one of us tak boleh masuk.


Syukurlah that everyone tak payah melalui atau membuat decision yang getir gitu.....bersambung....


We met our tour guide, a muslim. I forgotten his name but he was good! Then our journey continues.... first stop is jericho...beginilah pemandangan sepanjang ke jericho... masa ni macam tak percaya, we made it here! Syukur Alhamdulillah... years of envisioning myself going to Palestine. We are on our way to Baitul Maqdis atau nama barunya "Jerusalem"...
 Tembok yang ini tak berapa dramatik sangat lagi...

Hampir sampai, belok ke kanan ya...
 Ada juga palestinian yang berada contohnya, bila nampak kedai dentist dengan nama muslim... I am not sure whose house is this. Tapi di Jericho 95% are muslim. Sorry on the percentage. Not sure if it is 95% or 99%. Google sendiri boleh?
 Dah masuk kawasan Jericho, bandar tertua di Dunia...


Dah sampai...... Ni dah dalam cable car, so I get the shot from the top..... till then!










Tuesday, October 23, 2012

Travel : Gambar2 Jordan-Jerusalem-Jordan-Madinah-Mekkah

 Ramai yang tanya, bukan ker passport kita tak di benarkan ke negara yahudi ni? Ye, betul tu. For some awkward reason, dalam pada susah nak masuk, the custom officer tu boleh pulak buat statement gini " I know about Malaysia passport, we cannot stamp but we should stamp Singapore passport"... means, dia kasi kita masuk, negara kita tak kasik.. kot? kot lah.....

Jadi, for us, muslims, especially yang nak masuk ke Madinah and Mekkah, make sure dia tak tersilap atau buat2 silap stamp kat dalam passport kita. They will actually stamp in this piece of paper.... macam kat atas tu.
 Ni stamp/receipt nak keluar... covered by the travel agencies...
 Remember bila kita mula masuk, kena beratur kat sticker? macam ni lah sticker nya. and the date of arrival... Bila kita nak masuk Madinah or Mekkah, to take out this sticker, kalau tak, kita pulak ada problem dengan customs di Madinah/Mekkah...
 Border di Jordan tempat kita menunggu fax yang berjam2 lamanya...
 Queen Alia airport...sorry tak tersusun, malas huhu....
Pengisian dalam bas, sementara menunggu fax yang sangat lama dari Jerusalem...aku tak sure dari jabatan manalah kan.. kang banyak tanya, kena lempang plak hehehehe..... ikut orang duk dendiam.. Kalau backpack baru boleh panic....
Ok aku lupa ni kat Jordan ke kat Jerusalem... tapi cam ni lah... memang kosong tapi panas dia tak sekering di Madinah or Mekkah... Maybe ni yang dalam buku geography dulu describe "panas lembab" dan "panas kering"... dulu main hafal jer mana ada faham apa maksud sebenar....

Travel : Pt 2 Jordan-Jerusalem-Jordan-Madinah-Mekkah

Kursus Umrah

Secara ringkasnya, kami pergi dengan sekumpulan family yang besar... Bukan setakat ibu bapa anak sahaja tapi nenek, nenek sedara, makcik sedara, ipar duai, uncle, nephew dan seumpamanya. So sedikit hairan padamulanya bila kita dijemput untuk kursus di tempat yang tak berapa familiar tapi juga sedikit special....

Tengok nama tempat macam private property. So anggapan I betul. memang bukan office travel agency tu tapi office "cum" rumah mereka... Masa tu, I bawa semua askar2 I yang tak berapa nak behave nya...esp semasa waktu makan.. huhu....

So, adalah satu makcik tu bertanya dekat 5-6 kali, adakah aku akan bawa baby dan anak2 aku ni.. hehehehehee... Aunty, I sendiri pun tak nak bawa mereka sebab nanti I tak boleh focus, tak boleh nak jalan cepat bagai. Dah lah I first timer, so adalah lebih bagus kalau I pergi sendiri dulu....Aku respect dengan orang yang bawa anak kecik... kalau pergi Zoo atau London aku bawa kot, tapi nak pergi focus ibadat ni, aku tak leh imagine nak kejut mereka awal2 pagi, mandikan, lepas tu nak jalan cepat2 sebab nak dapat saf depan, nak tunggu berjam2 tunggu turn Malaysia di raudhah, aku sendiri tak boleh jaga diri aku, tak sure aku boleh tidur selewat pukul 12 dan bangun pukul 3 pagi, inikan pula nak take care anak2 kecik......

Ustazah yang beri kursus tu bagus... ada 2 kali kursus, dan aku rasa oklah kot. tak ada masalah sangat. Di bantu dengan blog2 dan buku2, macam dah ada confident skit. Faham lah mana yang rukun. Yang penting bagi aku ialah larangan2 tu....paling suspen kot...


Yang interesting nya pertanyaan2 antara makcik2 ni. Mereka ni adalah dari orang2 berada. Tahap2 ada swimming pool kat rumah. Tapi yang lain2nya sangat humble especially yang muda2 ni. A bit of intimidating at first tapi pada akhirnya Alhamdulillah nothing bad happened. They are nice people. Makcik yang sangat mengintimidate aku dengan soklan2 panasnya tu pada akhirnya semasa menunggu turn di Raudhah kata kat aku..."kita memang lahir cakap kasar ini macam tapi hati kita baik, apa mau buat..." So I tend to accept that it is the way they talk and pose the questions but actually they do not have any bad agenda....


Day of Departure

Ni satu lagi big challengenya but sangat peribadi nak mention. Tapi cukuplah dengan peringatan "sabar" mesti bermula berbulan2 dari departure sampai hari nak balik :P

We booked a taxi, got a very peramah young malay chap yang dulunya an ex-diver in Singapore so he conversed in english basically. Memang rasa pelik tapi we enjoyed his company during the journey to KLIA.

We found out that we are extremely early, like 2 hours in advance. Patutlah tak ada orang langsung. Rupa2nya we were not updated by the agent berkumpul pukul 7pm bukan 5pm.... Sedikit merajuk di situ tapi as my hubby puts it, Allah knows best, we came early and we had our dinner and solat calmly. penting tu. sebab bila azan maghrib jer jadik crowded giler kat KLIA tu.

Selepas tu, aku belilah digital kamera sebab nak harap camera bb phone jer ker macam tak puas. pergi Palestine tu kan, entah bila dapat pergi lagi... so maybe tu perancangan Allah, sempat beli camera bagai dan charge the battery sampai departure time.


After dah berkumpul lepas maghrib, senang dah, bergerak je lah. tag smua dah buat, solat sudah. tunggu jer lah kumpulan kita di panggil masuk. Jordanian airlines ni or maybe semua umrah group, seating arrangement ada sedikit tunggang langgang. Tapi sebab pergi dengan family ramai2 tu, senang je lah nak kawtimnya walaupun air stewardessnya macam muka geram campur bengang bila kita bertukar2 boarding pass...hehe...


Landed in Jordan
Kita landed sangat early, I think about 4 or 5am. But masa tu dah tak ada subuh rasanya. Ada travel agency yang lain juga. Masa tu sebab our agency combined with 3 others, memang ada sedikit confused siapa group kita so tak boleh cam.

Jordan customs suruh semua beratur, mengikut agency dan beri passport pada mereka. Sesuatu pengalaman yang baru.... Bukan dan tu stamp dan tu collect. Lepas tu kita collect baggage dan tunggu passport sama transport.

Dalam 30mins gitu, clear semua, baru naik bas dan menghala ke Restaurant Cina for breakfast. Walaupun matahari dah naik tapi tak ada kereta sangat kat jalan. As per my update in pt1, makanannya macam asian tapi tekak tetap rasa cam makanan Arab...


Lepas selesai sarapan, simpan bag2 besar sebab nak masuk Jerusalem, kena avoid thorough check , kenalah limitkan luggage masuk (kedai tutup lagi tapi pekerja dia dah collect bag kitorang, sedikit risau di situ tapi Alhamdulillah, semuanya ok bila balik dari Jerusalem lepas tu)...


So bawa sorang satu hand carry saja cukup untuk 4 hari 3 malam di sana.... Lepas tu gila excited bercampur2 rasa berdebar2 takut sangat kena tahan tak dapat masuk ke Jerusalem. Walaupun dah pre-approved visa tapi sistem diorang ni boleh jer ikut mood masing2 huhu... My hubby pulak passport Singapore yang tak perlu apply visa. Lagilah berdebar, sebab tak ada guarantee langsung boleh masuk.. memang banyak berdoa dan baca Quran masa menunggu tu.


Bila sampai kat border Jordan, selalunya clear, terus kita pergi ke border Jerusalem. Tapi kali ni kena tunggu lama. Ingatkan ada orang pergi toilet, sekali sampai 2 jam tunggu. Rupa2nya dah bertukar sistem, we now have to wait for the clearance for the bus to go to the Jerusalem border. We need to wait for them to fax us the clearance...  Sampai dah tengahari, baru dapat fax tu,  lega dapat bus tu bergerak..... letih sangat menunggu. Dahlah suspence jer masa tunggu tu kan.. Pengisian jemaah tu ada so best jugalah, berharap sangat pada bantuan Allah masa tu.


Sampai ke custom Jerusalem, laa kecik jer. Tak canggih langsung. Di situ nampak ke vulnerabilitian mereka...Taklah banyak duit sangat that they can enhance their systems anytime they like.... Armed army di mana2 sangat intimidate. Bila masuk kena beratur dapat sticker dulu then beratur lagi to scan bag. Kami dipesan suruh ikut jer cakap or arahan mereka. Sebab nak tengok Al-Aqsa kan dan sejarah para Anbia' memang lah kena sabar..... Gambar sila jangan ambil nanti kamera terus di rampas... Sangat suspence kan? Ada pernah pergi negara yang macam tu? masa pergi Estonia via Denmark and Copenhagen (waktu balik) pun tak macam tu, cuma di Denmark they asked us to show the conference invitation sahaja...


Lepas dah scan bag, baru lah pegi ke satu lagi area untuk stamp passport..... Jumpa palestinian yang balik dari US (migrated to US), they told us, it would be a long process katanya.. kami senyum saja... We already prepared for it. Masa kat stamping process ni lah lagi nak jatuh luruh jantung.. This is when "the mood" will make the differences!


Sambung later.....enjoy the picture first.


 pemandangan dari custom border Jordan menuju ke Jerusalem beginilah seterusnya... kosong.. kosong....
 Taxi di Jordan, perasan tak "light taxi" tu odd sangat kedudukannya...
 ha nak dekat sampai dah ni....

Ha ni dah lepas suspense semua.. hehehehehe






















Monday, October 22, 2012

Travel : Pt1 - Jordan-Jerusalem-Jordan-Madinah-Mekkah June 2012

The highlight for this year for me is visiting Jerusalem. I have interest in Palestine since I was young and envisioning myself to be with the convoy saving lives, and help Palestinian women and children with food and medicine.

Nevertheless, lepas kahwin, walaupun semangat masih membara, susah lah nak tinggal anak2 segala to just jump the ship to be a volunteer. Apatah lagi financial burden yang ada kan....


Sampai lah last 29 May 2012, dapat peluang. Dapat bonus yang tak terfikir dan increment yang memang out of my expectation, rezeki dari Allah. Alhamdulillah yang tidak terhingga. So peluang tu dengan segera di sambut. The initial plan is to keep the money for renovation, but again, the house can wait. The Mekkah, Madinah and Palestine cannot wait. Seperti memanggil2....


The challenges

At first, memang plan nak pergi Jerusalem, but then sebab pegi berdua macam tak cukup budget, terpaksa lupakan niat murni dan impian tu. Pergilah book untuk Egypt. Dapat tengok peninggalan nabi Musa sebelum baginda berhijrah ke Palestine. Tetapi, entah macamana cuti my hubby kena cancel for the umrah trip. So I change my plan to Jerusalem back. This time alone.

Seperti roller coaster, selang beberapa hari, my hubby dapat pulak new job offer. He accepted it due to the umrah intention (as well as we thought it is quite odd to cancel the leaves after approving it and after we are very frank about performing the umrah with the company)...The journey is not that straight forward, sampai lagi berapa minggu jer nak berlepas baru dapat confirm he got the offer and can hand over his resignation letter to the existing company. Sampai saat2 akhir gitu.... And that is not the only challenge we had actually. Stay on.....


Preparation - weeks before departure

Apa pun yang terjadi, aku tetap excited, aku dah nekad akan pergi juga untuk bertemu rumah Allah, dan melawat makam2 nabi dan makam rasulullah....

So the first thing I did of courselah.... beli buku. Sebab I have no idea macamana nak mengerjakan umrah. End up, later on, the agency kasi 1, dan kawan office kasi aku 2 lagi buku. Ohhh sangat penting ada banyak version sebab ilmu2 itu ada lain, so it is good untuk tambah ilmu. Dan bila aku blur habis semasa di "Ar-Raudhah" macamana nak queue untuk pergi ker bahagian perempuan Ar-Raudhah dalam buku tak ada graphic or map sebab kebanyakan buku di tulis oleh lelaki. Dan aku tak tahu juga tiang mana or mana satu maqam Rasulullah since semua dah di tutup... jadik ada satu buku ni yang aku tak perasan masa kat Malaysia, give the description and map... ha nasib bawak smua buku.. nasiblah aku kiasu....

Salah satu buku aku beli ialah "Travelog Haji - Mengubah sempadan iman" - oh penting baca buku ni. sebab you can really relate to someone's experience. I blog walked as well. One of the blogs yang paling best baca and details is "mariafirdaus.blogspot.com".... dan "ustazamin.com". Yang lain2 best juga, aku dah lupa link tapi pengalaman mereka di Jerusalem's customs sangat interesting.


Untuk perempuan, ada lagi challengesnya. iaitu, the menstrual. I was at the time for months and months tak datang my "bulan dan bintang". This is due to aku ambil injection for our family planning. Entah macamana, final weeks tu, aku dapat pula. Yang paling membimbangkan, I had it like spots, spots, clear, clear and then the spots come back. Pergi clinic more than twice, they give tablets to prevent, still I am having it tak tentu hala hari sampai nak solat pun susah. Hari ni solat esok tak solat. Esok solat balik and so on....So kira penat mandi wajib.. huhu....... Ustazah ada ajar doa untuk tahan datang "bulan dan bintang", it might works, but since it did not show any stopping signs, I opt tu see a gynae at SDMC.


Selepas mendapat pandangan dan ubat yang lebih professional dari a gynae compared to a GP, barulah stabil. Ayat Gynae tu "Your endometrium lining is 10mm, you will bleed anytime now! No wonder you are having this...Normal is about 3mm only!" kan????? Lega sangat selepas mendapat point2 yang bernas bersandarkan fakta sains tapi tak lega juga sebab anything could happen since Qada' and Qadr adalah salah satu rukun iman.... Selepas baca pengalaman orang lain yang lepas2 , ustazah semasa kursus pun ada bercerita, orang yang dah menapaus bertahun2 sedangkan boleh datang, inikan lagi i... So sangat humble lah masa tu. A humbling experience. Allah nak train aku untuk kesabaran dan redha.


Another obvious challenge ialah..... entah kenapa few weeks before departure, ada satu kucing yang jiran aku kasi makan (kucing liar - dan jiran aku suka kasik dia makan tak halallah kan....obviously so bau najis dia amat dahsyat dari biasa) kucing ni suka makan kat sana, tapi buang air kat sinun... kat sinun tu belakang rumah aku. Betul2 di bawah tingkap bilik bawah......atau depan pintu belakang... sabau jer lakan....


Dalam satu hari mesti ada 3 spot of najis kucing ni..... So dalam 2-3 minggu itu ajalah kerja aku lepas balik kerja. I will take plastic glove and a loads of newspaper and plastic bag untuk bersihkan.. Tuang clorox supaya hilang bau dan rasa... Semakin aku bersih, semakin best dia membuang....


Nak hilang juga kesabaran, sampai I suruh aunty sebelah tu jangan kasi makan lagi sebab dia akan membuang kat rumah aku... tapi aunty tu tak sampai hati dengan dia mengiau... so ikhtiar aku yang seterusnya ialah dengan menutup semua lubang2 pagar... barulah redaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....


Sepanjang incident tu, I reminded myself, kucing ialah binatang yang paling Rasulullah sayang... so it really calm me down a bit. Sampai satu ketika kitorang yang tak reti pegang kucing ni cuba nak tangkap dan buang, obviously misi kitorang gagal sebab memang tak tau pegang kucing hehehehehe..... kesian DS aku paksa dia jadi penahan kucing tapi bolos gak ekekekeke!



Banyak lagi cerita menarik, semasa kursus pun ada. So sepanjang hidup aku, inilah paling banyak aku merasa cabaran. Alhamdulillah semuanya secara sedar. So aku boleh remind myself of my intention to go to Mekkah. Kalau tahap tak sedar di uji entah apa yang akan berlaku kan??


Bersambung later... Enjoy the picture first.


We took Royal Jourdanian's airline. Overall it was ok. Masa pergi tak berani nak tengok entertainment. So memang banyakkan baca Quran, Allah can give and take us just like that, bagi aku sesia kalau tak sampai... huhu...  Bawaklah spray, senang nak ambil wudhu'. Actually cuma untuk subuh saja pun... sebab yang lain dah jamak sesiap, atau akan di jamak... It helps me a lot as perempuan ni leceh sket nak ambil wudhu' dalam kapal terbang...
Pemandangan dalam perjalanan dari airport Queen Alia to the chinese restaurant, It is so early walaupun dah terang benderang in the morning, pak2 arab dan minah2 arab blom bangun katanya....
 Restaurant chinese halal yang di operate oleh Jordanian...
 The inside...
Menunya, sup sayur, telur dadar, fries and ayam goreng... Walaupun begitu, rasanya tak sama macam makan di Malaysia, I pun tak paham kenapa... bukan tu menu biasa? hehehehe.... Yang mula aku notice di sini, satu meja bulat walaupun ramai orang dia kasi sebotol air mineral besar untuk di kongsi... So dari situ akan bermula trend yang sama (macam... sangat kekurangan air gitu)... sampai la ke Jerusalem nanti trend yang sama.. infact kat sana lagi la.......... nanti i cerita ya...


Thursday, October 18, 2012

Travel : Reminiscing London & Paris June 2009

Kita ingat negara kita ni tak maju... tapi ada hikmahnya kita lambat... tengok laa train mereka ni dah tua.... This is in Paris.
The roller yang warna kelabu (depan the screen) is the mechanism to choose the options on the screen... I was like ...smiling.... blur sekejap macamana nak choose memula. This is the machine to top up the card. I sudah lupa apa nama card kat paris ni.
 Tak silap this is on the ferry cruise and the building at the back is the Notre dame de Paris.
 We were excited when we first saw the Eiffel tower. Tapi kita malas nak beratur panjang2.... so kita lepak sajalah kat garden sini and makan kuaci.... sambil tengok budak2 main bola sepak. Memang terasa macam best betul summer in Paris....
 At the back is the "Monalisa" potrait. Boleh tengok dari jauh sajalah because they put barrier.... The museum is housed in the Louvre Palace (Palais du Louvre), tapi masa aku pergi tu aku cuma tahu kat dalam ni ada potrait monalisa so I must go. Tatau lain2 info. Tak cukup masa buat homework sebelum pergi...... Tapi bila dah sampai sana, there are a couple of things that you will discover..yang dulu baca jer, now di depan mata. Siapalah yang tak excited kan? You want to be there for hours and hours...
 The most expensive kebab.. Tak silap, Euro17 (x 4 berapa da tu?) Tapi I memang tak pernah rasa kebab best macam ni lagi. Kedai ni di belakang shopping2 center near the LV boutique.
Oklah, for a cheap accomodation, it is comfy. The owner is muslim. And we stay in a muslim majority area. So banyak makanan halal.
Kalau tak silap i , ini dalam Westminster Abbey. I was intrigued by London sebab dulu2 masa kecil suka baca buku novel and they describe the place like it was the best place you should be.
 Ni verandah in the hotel (or hostel) in Paris. Very nice and cheap.

Westminster Abby. Bolehlah imagine apa yang kita baca dalam sejarah sistem2 raja dulu kala tu bila dah witness sendiri peninggalan2 sejarah tu. Ada yang kata tak boleh masuk church... tapi niat tu kena pasang betullah ya.....
Tak susah rupanya nak naik tube. The first station we stop, keluar ikut orang2 lain yang berpusu2, tetiba, eh..... terus nampak ni...MasyaAllah... (sebenarnya nampak buruk sangat..... macam bertahun tak di cat atau di jaga, tetapi sebab london ni synonym dengan big ben, so memanglah kena tengok sendiri kan...)
 
The best experience is attending the shakespeare open theatre "Romeo & Juliet" at the Shakespeare's Globe. Kawan2 aku tak minat, so I booked online for myself, pergi naik train sendiri (ahh seronoknya rasa macam dah bertahun2 hidup kat London haha) dan tu la first time aku pergi theatre. I loss my theatre virginity in London, glamer sangat! haha!
 
You can visit them at http://www.shakespearesglobe.com/
 
I thought that was my first and last trip to London, I was thinking jadiklah kan teringinnnn sangat pergi London, dapat juga seumur pergi, mana tahu Allah rancang lagi bagus... Tahun depannya, ada pulak business trip to London........and Brighton. Alhamdulillah for the chances Allah.